KENANGAN PENULIS

10 comments:

Anak Jawa January 26, 2010 at 6:41 AM  

assalamualaikum Datin Fatini...

sy memiliki keempat2 naskah DM edisi khas siatan Natrah pd thn 1989 dan masih menyimpannya dgn baik sehingga kini. ketika itu, sy baru sahaja berusia 13 thn, tetapi hasil catatan Datin benar2 memberi kesan kpd sy dlm mengenal 1 lg peristiwa penting negara.

ketika membaca berita tentang pemergian Natrah pd thn lalu, sy terkenang semula kisah2 beliau yg begitu tragis.

terima kasih kpd Datin krn memberi ruang kpd rakyat Malaysia dan diri sy sendiri dlm menghargai erti sebuah pengorbanan dan kasih syg...

Zara~AB March 9, 2010 at 5:08 PM  

Assalamualaikum Datin Seri,

Sy baru memiliki karya Datin semalam di UTM KL sempena pelancaran buku smlm , dibeli oleh suami saya. It was such a nice write up for us to learn, feel and understand the whole situation at that time. SInce both of us was born way back in the 80's.

Sekali lagi, terima kasih atas karya ulung ini and ucapan tahniah dari kami berdua atas penghasilan buku ini.

Luthfi Al-Edrus March 11, 2010 at 9:07 PM  

Assalamu'alaikum.Datin Fatini.
Saya sudah tak tahu apa buku yang hendak dicari di Library tempat kediaman saya.Kerana minat membaca saya luas, dari musik, craftangan, novel dan biography dsb. Entah macam mana terlintas di hati untuk meminjam dan membaca buku kisah Natrah ini. Kerana kejadian rusuhan itu berlaku semasa saya berumur 8 tahun.

setahu saya ketika itu kisahnya simple sahaja. Seorang gadis Belanda dianak-angkat kepada keluarga Melayu /Islam dan dibesarkan di masukkan ke Ugama islam dan dididik dengan penuh kaseh sayang oleh keluarga angkat beliau. Kemudian Keluarga kandungnya datang menuntut Natrah dan memaksanya menganut asal ugama nya kembali iaitu Christian...seterusnya membangkitkan kemarahan orang Melayu/Islam sehingga cetusnya rusuhuan yang (Christian/Islam).
Ketika itu juga saya masih ingat Arwah ayah saya Allahyarham Syed Abdullah bin Hamid Al-Edrus (Tuanpunya Percetakan Qalam dan juga penerbit majallah Qalam)selepas kerusuhan beliau dikesan dan diheret keluar rumah pada awal pagi untuk soal siasat. Mujur dapat dibebaskan melalui besan beliau ketika itu penterjemah di Military Polis.
Walaupun beliau rapat dengan Allahyarham Dr. Burhanuddin dan pejuang2 Islam keitka itu penglibatan beliau hanyalah dengan
tulisan2 dan makalah bersama Allahyarham Abdullah Basmeh di majallah Qalam.
Sebagai, wartawan,penulis, penyelidik dsb. tentu Datin tahu siapa ayah saya itu.
Banyak novel2 walaupun berunsur romantis tetapi kritical dalam suasana tahun lima puluhan ditulisnya atas nama anaknya Ahmad Luthfi (saya) dan pernah pula surat khabarnya Warta yang selalu mengkritik itu di protes dan dibakar oleh Umno dan Tunku.
Setelah meniliti secara ringkas buku tersebut saya terus membaca kisah sebenar Natrah sambil-sambilan dalam masa empat hari dan didapati banyak pendedahan serta penglibatan yang facts bukan direka-reka.
Usaha dan gigih serta dedikasi Datin mendedahkan kisah Natrah sebenarnya ini menjadi Classic serta kesedaran kepada Umat Islam untuk menjaga maruah
Ugama Islam yang suci.

Tahniah atas usaha Datin mengadakan buku sejarah serupa ini. InshaAllah saya akan memilikinya dan menggalakan teutamanya keluarga besar Allahyarm (Al-Edrus) dan pengemar biography sejarah. Allah yusal-limuki. Salam kamu sekeluarga kepada Datin.
Syed Ahmad Luthfi Al-Edrus

Wan A. Rafar March 23, 2010 at 5:55 PM  

Saya baru membeli buku itu semalam di Gerai ITNM. Tetapi kisahnya sudah saya baca dalam Dewan Masyarakat beberapa tahun lalu. Tentu apa yang dikisahkan dalam buku ini lebih terperinci dan menarik lagi apa lagi ditulis dalam bentuk kewartawanan kreatif.

Terima kasih Datin kerana memberi autograf dalam buku itu.

Saya juga bertuah kerana dapat membaca komen dari Tuan Syed Ahmad Luthfi, suatu nama yang tidak asing lagi dalam penulisan novel awal dulu, walau pun yang menulis itu arwah bapanya. Semoga tuan sentiasa sihat.

Rose Nita April 4, 2010 at 12:29 AM  

Assalamualaikum Datin Fatini...

Saya sudah memiliki karya Datin. Ya Allah! ia sungguh banyak manfaat buat saya. Baru saya tahu bertapa dukanya kisah hidup Natrah. Memang karya ini patut dimiliki oleh oleh semua orang terutama bangsa Melayu yang beragama Islam. Ia banyak pengajaran buat kita semua umat islam.

Unknown April 4, 2010 at 12:51 AM  

Assalamualaikum Datin Fatini..

Saya sudah memiliki karya Datin iaitu Natrah, Cinta.Rusuhan.Air Mata. Sebelum ini saya memang mengetahui serba sedikit kisah Natrah tetapi apabila saya sudah membaca karya Datin, saya amat terharu dan menyentuh jiwa saya dengan kisah suka dan duka perjalanan hidup Natrah sehingga ke akhir hayatnya.Ketika membaca karya ini saya seolah-olah berada di zaman hidup Natrah ketika itu.

Karya ini patut dimiliki oleh semua insan yang cintakan bangsa dan agama islam. Terlalu banyak pengajaran dan iktibar yang boleh kita semua dapat dalam karya ini.

SYABAS DATIN FATINI!!!!

Faridah June 17, 2010 at 1:34 AM  

Salam Datin,
Nama saya Faridah Hanum. Saya berusia 28 tahun dan mula mengikuti kisah Natrah sewaktu di Tingkatan 3 (1997). Saya ingin mengucapkan tahniah di atas usaha Datin dalam penghasilan buku Natrah ini. Dari pembacaan saya, saya merasakan tindakkan mahkamah Inggeris menggunakan pendekatan Belanda dalam menyelesaikan pertikaian Natrah adalah tidak tepat. Pertama, walaupun Natrah masih tidak cukup umur untuk mendapatkan domicile status, mengapa mahkahmah menggunakan undang-undang Belanda untuk menyelesaikan pertikaian ini sedangkan event berlaku di negara tanah jajahan Inggeris. Kedua,hakim yang mengendalikan kes ini sepatutnya menggunakan "reasonable man test" bagi kes Natrah yang dibesarkan di kalangan keuarga Melayu Islam yang rata-ratanya mengahwinkan anak-anak mereka pada usia Natrah pada waktu itu. Jika pendekatan ini digunakan, Natrah mungkin bahagia di bersama Mansor dan keluarga Che Aminah. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Datin.

Unknown July 12, 2010 at 6:38 PM  

Assalamualaikum Datin,
(Maaf kerana ada kalanya saya lebih terbiasa dgn Bahasa Inggeris)

I spent 7 hours non-stop to conclude your book and is still browsing through, to see if I missed a word or two.
The only other journalistic literature that managed to grip me thus is "The Great Wars of Civilisation" by Robert Fisk.
I sincerely believe your effort should be translated into Dutch and English ( with a bit of modification to the prakata)because eventhough your sincere effort in uniting the malays through your writings is commendable,I view your book as a global material in the sense that the world need people like Mansor Adabi, Dr. Tom Eames Hughes, J.G. Vermeulan, Natrah herself, Gerda J. Hendriks, Allahyarhamah Mak Mar and all other colorful living characters that you skillfully scribed.
It is a great effort, well done and thank you.

Basir Abdullah
Alam Damai
Kuala Lumpur

AINi September 16, 2012 at 9:06 AM  

Assalamualaikum wr wbkth Datin,

Jumpa lagi Datin di sini, Datin Apa khabar? Sihat tak? Selamat Hari Raya Aidilfitri ya Datin, Ini Aini- anak murid Datin di Bengkel Penulisan UiTM .2012.

Ingat Tak Datin? :)

Datin nanti boleh melawat

http://www.facebook.com/CaliphateBook

eBook in interactive and interesting method.

Tak sabar jumpa Datin, rindu.

Terima kasih di atas pembakar semangat dan tunjuk ajar Datin. Mohon dihalalkan segala ilmu ya Datin.

Sekian.terima kasih .

Aini

Unknown July 12, 2015 at 11:06 PM  

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)